Blue Flower

Latar Belakang MRSM Baling, Kedah

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 ,bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan Pra – Universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. 

 Matlamat kurikulum di MRSM adalah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah, kecenderungan usahawanan dan kecergasan fisikal; untuk mewujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam serta mempunya semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.

MRSM Baling, Kedah telah dibina di atas sebuah tapak milik MARA yang berkeluasan 84.9 ekar. Pembinaan MRSM siap dan mula beroperasi pada 21 Jun 2010 dengan kapasiti pertama pelajar adalah seramai 979 pelajar, 71 orang guru dan 34 orang staf sokongan.